APRIL 2023

Sarawak Cadang Dagangan Karbon Di Bawah Kementerian Perladangan Dan Komoditi


KUCHING: Kerajaan Sarawak mencadangkan  perniagaan karbon negara ini diselaraskan Kerajaan Pusat di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini kerana Sarawak negeri yang sudah kehadapan dalam perniagaan karbon antarabangsa di negara ini.

Sehubungan itu beliau berharap 

di peringkat persekutuan mempunyai peraturan atau tatacara berteras perniagaan antarabangsa terbabit.

"Sebab itu saya mencadangkan karbon ini yang diiktirafkan sebagai komoditi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hendaklah diselaraskan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi di bawah Dato Sri Fadillah,” katanya selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jabatan Premier Sarawak 2023 di Atrium DUN Sarawak, di sini.

Abang Johari berkata, 

ini penting bagi membolehkan negara ini mengikut pengiktirafan PBB terhadap karbon sebagai bahan komoditi yang boleh diniagakan.

"Sekarang ini, ia (karbon) di bawah kementerian (berkaitan) tenaga, tapi ia sepatutnya dikeluarkan dari tenaga kerana ialah satu bahan komoditi," katanya.

 Beliau sehubungan itu mencadangkan Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof untuk membahaskan cadangan terbabit dalam kabinet Kerajaan Pusat.

Sumber dari : Jiwa Bakti